Thu, 29 July 2010
Who is Salt? Review Filem Salt, Penuh Aksi Angelina Jolie

Who is Salt? Salt Movie (2010)
Salt, Who is Salt? Antara filem menarik minggu ini di pawagam adalah filem ‘Salt’ yang sudah mula ditayangkan dipawagam berhampiran anda. Filem ‘Salt’ amat sesuai ditonton untuk mereka yang meminati filem aksi, tembak menembak dan kejar mengejar dengan kereta. Pastinya peminat filem Malaysia mahu menonton bibir seksi Angelina Jolie dan aksi Angelina Jolie yang merupakan watak utama filem Salt ini.
Pada asalnya, watak Salt ditawarkan kepada Tom Cruise, tetapi kerana Tom Cruise memilih untuk berlakon dalam filem Knight And Day, nama Edwin Salt kemudian ditukar kepada Evelyn Salt. Secara kebetulan, kedua-dua filem itu mempunyai jalan cerita yang hampir serupa mengenai perisik yang disangsikan identitinya dan menjadi pelarian.

Salah satu babak dalam filem Salt
Sinopsis Filem ‘Salt’
Evelyn A. Salt (Angelina Jolie) adalah seorang pegawai CIA yang didapati mempunyai hubungan dengan seorang spy Russia dan dituduh merancang pembunuhan Presiden Russia dalam siri lawatannya. Pegawai atasan CIA menuduh Evelyn Salt terlibat dengan konspirasi antarabangsa dan menjadikan Evelyn Salt sebagai sasaran banyak pihak. Evelyn Salt mengambil pelbagai risiko yang membahayakan nyawanya sendiri semata-mata untuk membuktikan orang yang sebenarnya terlibat dan menjadi pengkhianat.
| Tarikh Tayangan : | 29 Julai 2010 |
| Bahasa : | English |
| Genre : | Action/Adventure, Drama dan Thriller |
| Tempoh : | 1 jam 42 minit |
| Pengarah : | Phillip Noyce |
| Pelakon : | Angelina Jolie-Pitt, Liev Schreiber, Chiwetel Ejiofor |
Trailer Filem ‘Salt’
Jika anda seorang peminat filem aksi, Salt mempunyai kesemua ciri yang diinginkan. Jawapan bagi tagline “Who is Salt?” yang tertulis pada poster filem ini ialah Angelina Jolie. Filem ini akan diingati hanya kerana Angelina Jolie. Jika tiada masa untuk ke pawagam, anda juga boleh menonton Salt online di web.
Related Contents |
|
|
|
|
This entry was posted by LimauAis on Thursday, 29th July 2010 at 10:03 am and filed under Wayang Kita. Tags: bibir mungil angelina jolie, bibir seksi, cerita wayang baru salt, evelyn salt, filem salt, knight and day, movie salt, new movie salt, review filem salt, salt, salt 2010 download, salt 2010 live streaming, salt action movie, salt angelina jolie, sinopsis filem salt, tarikh tayangan salt, tom cruise, tonton filem salt, tonton salt, tonton salt online, trailer salt, watch salt 2010 online, watch salt online, who is salt. salt live streaming Visited 967 times, 4 so far today |
|

teringin nak menonton salt..tapi takde orang pulak nak jadi baby
Angelina ni kan tomb rider..mestilah power dia berlawan iye dak.nasib baik xde romen2