Tas Tangan Louis Vuitton Berharga RM 40,000 Untuk Siti

by Peri on January 12, 2010

Datuk Siti Nurhaliza yg baru menyambut hari lahirnye yg ke-31 pada 11 Januari lalu mendapat hadiah yg cukup istimewa dari suami tersayang Datuk Khalid Jiwa iaitu sebuah tas tangan yg berharga RM 40,000.

Penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang yang juga penggemar barangan berjenama Loius Vuitton sudah mendapat ‘hadiah pendahuluan’ apabila dibawa bercuti oleh Khalid ke Barcelona, Dublin dan London pada bulan lalu.

Pada tahun 2009 Datuk Siti menerima jam tangan Richard Mille yg mencecah RM 200,000 dan tahun 2008 pula sebuah kereta Mercedes Benz hitam bernilai RM800,000. Adui Siti semua hadiah puluh2 ratus2 ribu. Bestnye kan.

“Hadiah itu cukup menggembirakan Siti kerana memang Siti berkenan dengan beg tangan edisi terhad itu.

“Namun apa yang lebih penting kepada rumah tangga kami adalah kasih sayang daripada suami,” katanya pada majlis sambutan hari jadinya itu yang diadakan serentak dengan majlis pelancaran Album CTKD di Hotel JW Marriot di sini malam tadi.

Album CTKD adalah singkatan nama Siti Nurhaliza dan rakan baiknya yang merupakan penyanyi dari Indonesia, Kris Dayanti.

Datuk K ketika ditanya mengenai hadiah tersebut sekadar berkata:

“Banyak suami yang marahkan saya apabila hadiah yang diberikan kepada Siti diketahui umum kerana ia menyebabkan isteri-isteri di luar sana turut mahukan hadiah yang sama.”

Hadiah perkara kedua bagi Siti Nurhaliza dan Datuk K kerana apa yang lebih penting ialah mereka terus bahagia dan ingin segera mendapat cahaya mata.

Leave a Comment

Previous post:

Next post: