Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Sharifah Aini kini berdamai setelah sekian lama bermusuhan. Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Sharifah Aini berbaik semula dalam satu pertemuan yang dirancang oleh wartawan hiburan. Alangkah baiknya apabila dua diva ini berbaik semula dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.
Gambar Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Sharifah Aini berdua bersama menunjukkan mereka telah bermaaf-maafan sesama mereka dan menjalinkan hubungan yang baik.
Dato Siti Nurhaliza juga meminati Facebook dan Starbucks
Kalau nak diikutkan memang ramai yang suka minum di Starbucks. Tak ketinggalan, penyanyi No 1 negara, Dato Siti Nurhaliza pon suka minum dan lepak di Starbucks sambil online, termasuk surf Limau Ais dan Facebook.
Siapa yang tak terliur tengok Chocolate Frappucino kat Starbucks. Sekali rasa mesti nak lagi. Kalau teringin nak minum Limau Ais boleh minum kat restoran dan warung berdekatan. Tapi kalau nak gosip, jom layan LimauAis.Com macam Dato Siti Nurhaliza ni. Apa pon jom kita tengok gambar Dato’ Siti Nurhaliza lepak Starbucks minum sambil online Limau Ais.
Ibu kepada Dato Siti Nurhaliza, Saerah dan Saida turut merasmikan album 'Apresiasi'
Pelancaran album Apresiasi sempena 15 tahun penglibatan Dato Siti Nurhaliza. Album Apresiasi adalah album duo Saida & Saerah, adik beradik Dato Siti Nurhaliza.
Ibu kepada ketiga-tiga penyanyi ini, Puan Siti Salmah Bachik turut hadir bagi sama-sama melancarkan album ‘Apresiasi’ tersebut. Majlis dihoskan oleh Ahmad Fedtri Yahya yang sememangnya berbakat dalam bidang pengacaraan, sekaligus memeriahkan suasana.
Gambar-Gambar Pelancaran Album Apresiasi Saerah dan Saidah serta 15 tahun Siti Nurhaliza dalam bidang Seni