Wed, 28 July 2010
Perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina Oktober ini

Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina
Perkahwinan angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dengan Dr Harlina dijangka akan menjadi perkahwinan paling bersejarah kerana akan dihadiri oleh 100 angkasawan dari 35 negara disamping seramai 10,000 rakyat Malaysia yang akan menghadirinya. Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah bertunang dengan Dr Harlina pada 1 Januari 2010 yang lalu.
Perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina akan diadakan pada 10 Oktober 2010 sempena ulang tahun ketiga Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ke angakasa lepas. Malah tarikh 10.10.10 dilihat sebagai suatu yang amat menarik. Dengan jemputan seramai 10,000 orang, dan persiapan besar-besaran, perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina Mohd Yunos boleh diisytiharkan sebagai ‘wedding of the year’ atau mungkin juga ‘wedding of the decade’.

Ketika majlis pertunangan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina
Antara yang bakal menjayakan perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Harlina ialah Ariff Quasri, perunding perkahwinan ini, dan tajaan dari Butik Cosry, Jakel, Bibah Songket dan Datuk Bernard Chandran. Majlis perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya manakala majlis resepsi pula akan dibuat di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya.
Limau Ais: Wah! mesti best majlis perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dengan Dr Harlina. Kami tak sabar nak pergi. Ucapan tahniah dari kami untuk Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina, semoga majlis ini berjalan lancar.
tahniah!sheikh muszapar dan dr.harlina…




Tahniah Dr.Sheikh muszaphar!
SeMoGa BerBaGiA….