Happy Birthday untuk Ning Baizura yang ke 35, Ipad Dari Suami

ning baizura birthday

Ning Baizura menyambut hari lahir pada 28 Jun 2010


28 Jun 2010 – tarikh yang cukup bermakna buat penyanyi dan pelakon, Ning Baizura. Genaplah usia Ning Baizura 35 tahun pada tarikh ini. Ucapan ‘happy birthday seikhlas hati dari kami di Limau Ais’. Sambutan hari lahir Ning Baizura diadakan secara mengejut semasa Ning Baizura sibuk menjalani sesi latihan bersama dengan tenaga produksi pementasan teater Muzikal Shout! “The Mod Musical (Shout!). Menurut Ning Baizura,

ning baizura kahwin

Ketika majlis perkahwinan Ning Baizura dan Omar Sharif sekitar Februari 2008

“Pastinya saya memanjatkan rasa syukur dengan apa juga yang dikurniakan Tuhan kepada saya sehingga hari ini.Pagi tadi, selepas saya bagun dari tidur, saya terus memanjatkan doa kepada Tuhan supaya dikurniakan kesihatan dan dimurahkan rezeki. Malah, apa yang pasti, kini saya tidak lagi mengejar atau ingin membuktikan apa-apa lagi. Saya bersyukur dengan apa yang saya ada pada masa ini”

ning baizura, suami

Ning Baizura mesra bersama suami Omar Sharif


Hadiah istimewa sempena birthday Ning Baizura semestinya dari suami tercinta,

“Pagi ini bila saya bagun saja dari tidur, saya terkejut bila suami menyerahkan sebungkus hadiah. Saya sangkakan tas tangan, tapi gembiranya saya tak terhingga bila ianya adalah iPad yang memang saya mahukan selama ini.Saya sendiri tak tahu dari mana dia tahu yang saya memang menginginkan i-Pad. Sebab terus terang memang saya tidak pernah bagi tahu dia langsung. Mungkin juga dia bertanyakan kepada Atilia, Sazzy Falak atau Yasmin Yusuf,”

Sekali lagi ucapan ‘happy birthday’ untuk Ning Baizura. Semoga tahun ni Ning Baizura dan suami, Omar Sharif Christopher Layton Dalton memperolehi cahaya mata hendaknya.



Related Contents
This entry was posted by LimauAis on Wednesday, 30th June 2010 at 10:57 pm and filed under Berita, Ning Baizura. Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Visited 606 times, 5 so far today

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)

Video Bulan Ini

Post Lama-lama