Salam Ramadhan, kami ucapkan kepada semua umat Islam seluruh Malaysia. Ucapan ikhlas dari kami di Limau Ais. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, kita sama-sama berpuasa dan menunaikan solat terawikh. Solat 5 waktu jangan dilupa kerana itulah tiang agama.
Petang nanti boleh lah kita ramai-ramai serbu bazaar Ramadhan. Maklumlah dah seharian berlapar dan dahaga, mestilah nak berbuka yang sedap-sedap. Kalau beli makanan di bazaar Ramadhan tu ingat-ingat juga, sebab nanti takut dah kenyang perut tapi masih banyak kuih-muih dan juadah berbuka yang tak sentuh lagi. Membazir je kan.
Jangan lupa layan lagu Harapan Ramadhan dari Raihan feat. Man Bai kat bawah. Akhir kata, selamat berpuasa dan selamat beramal! Renung-renungkan
September 4th, 2009 | Posted by LimauAis3 Comments
Datuk Siti Nurhaliza
Tinggal 2 minggu lagi kita semua, rakyat Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Justeru itu, Datuk Siti Nurhaliza telah membuat video ucapan beliau. Video ini adalah ucapan ‘Selamat Hari Raya’ oleh Datuk Siti Nurkaliza sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya tahun 2009. Kelihatan semakin berseri-seri muka Datuk Siti Nurhaliza yang telah pon menyambut ulang tahun perkahwinan nya yang ketiga bersama Datuk K.
Filem Cahaya arahan Johan John yang di katakan agak keterlaluan kerana memaparkan adegan berkembam. Mungkin inilah strategi perfileman Malaysia tanpa mengambil kira adat budaya masyarakat Malaysia khususnya yang beragama Islam.
Adegan berkemban yg di maksudkan dalam filem Cahaya ini dimana Elaine Daly yg tanpa seurat benang di badan berbaring di katil sambil dipeluk dah banyak lg adegan-adegan panas yg patut diambil berat. Elaine Daly memang berani melakon kan watak sedemikian. Anda saksikan sendiri sedutan adegan panas Elaine Daly dibawah.
Untuk video menarik bulan ini, kami membawakan video klip oleh penyanyi dangdut penuh kontroversi Indonesia Julia Perez dengan lagu Belah Duren (Durian). Lawak pun ada juga. Jom sama-sama kita berhibur!