Artikel Dalam Kategori Menarik

Selamat Berpuasa dari kami di Limau Ais

No Comment

bazaar ramadhan

Suasana bazaar Ramadhan di USJ


Salam Ramadhan, kami ucapkan kepada semua umat Islam seluruh Malaysia. Ucapan ikhlas dari kami di Limau Ais. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, kita sama-sama berpuasa dan menunaikan solat terawikh. Solat 5 waktu jangan dilupa kerana itulah tiang agama.

Petang nanti boleh lah kita ramai-ramai serbu bazaar Ramadhan. Maklumlah dah seharian berlapar dan dahaga, mestilah nak berbuka yang sedap-sedap. Kalau beli makanan di bazaar Ramadhan tu ingat-ingat juga, sebab nanti takut dah kenyang perut tapi masih banyak kuih-muih dan juadah berbuka yang tak sentuh lagi. Membazir je kan.

Jangan lupa layan lagu Harapan Ramadhan dari Raihan feat. Man Bai kat bawah. Akhir kata, selamat berpuasa dan selamat beramal! Renung-renungkan

Tags: , , , , , , , , , , ,



Saya akan jaga ibu sampai akhir hayat — Shaheizy Sam

2 Comments

ucapan Shaheizy Sam untuk ibu, ucapan Shaheizy Sam untuk mummy, Shaheizy Sam menyanjung ibu katy fauziah, ucapan Shaheizy Sam untuk ibu, ucapan Shaheizy Sam untuk mummy, Shaheizy Sam menyanjung ibu katy fauziah

Shaheizy Sam aka Adnan Sempit


Pelakon yang semakin mencipta nama besar, Shaheizy Sam amat sanjungi pengorbanan ibunya.

SYURGA di bawah telapak kaki ibu. Ibu bukan sekadar ibu, tetapi ibu juga tempat bermanja, mengadu masalah, menagih kasih sayang dan mendapatkan nasihat. Biar segunung intan dilambakkan, jasa ibu tidak mungkin terhitung kerana pengorbanan ibu tidak ternilai oleh harta dunia. Setiap anak harus ingat bahawa ibu bergadai nyawa ketika melahirkan kita…

Sempena Hari Ibu yang disambut 10 Mei setiap tahun, Hero Malaya baru, Shaheizy Sam yang kini mengecapi populariti dan kemasyhuran hidup sebagai anak seni tidak pernah melupakan `hari penting’ untuk meraikan bersama ibu tersayang, Khaty Fauziah. Biarpun tidak pandai membelikan hadiah dan melambakkan kemewahan tetapi Hari Ibu tetap diraikan sama ada makan malam mahupun menghabiskan masa bersama ibu dan adik beradik.

Tags: , , ,

Lisa Surihani main dengan ular.

No Comment

lisa surihani main ular

Lisa Surihani bermain ular ye. Yalah bukan semua orang berani pegang ular. Walaupun ular tu mungkin sudah hilang bisanya atau memang tidak berbisa, tapi ada orang yang geli geleman bila pegang ular.

Inilah aksi Lisa Surihani bersama Mazlan Pet Pet semasa pelancaran filem Zoo lakonan mereka di Zoo Negara, Hulu Klang, Selangor baru-baru ini.

Tags: , , , , , , , , ,

Konsert Separuh Akhir ke 2 Mentor 3, Siapa Pilihan Anda?

No Comment

Malam ini akan menyaksikan tiga protege Mentor 3 yang masih bertahan selepas beberapa siri konsert. Mereka ialah Black protege Mas Idayu, Chaq protege Ajai dan Fira protege Lah Ahmad. Malam ini ialah malam penentuan Konsert Mentor 3 Separuh Akhir ke 2.

Pada malam ini, siapakah protege yang dijangka akan terkeluar?


Popular Hari Ini

Video Bulan Ini

Post Lama-lama