Awie Jawab Isu Bertumbuk di Langkawi

Bagi menjawab isu pergaduhan nya di Langkawi, Awie tampil untuk memberi kenyataan mengenai isu itu. Awie ditemui semalam sewaktu pelancaran Konsert Awie dan Ella, Raja dan Ratu Rock Malaysia di Istana Budaya.
KUALA LUMPUR: Pelakon dan vokalis kumpulan Wings, Awie, mengakui pergaduhannya di sebuah kelab di Langkawi pada bulan lalu kerana perbuatan provokasi individu tertentu yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, pergaduhan tersebut berpunca apabila segelintir pengunjung enggan menghormati permintaannya agar tidak mengambil gambar dia di dalam kelab.
“Punca pergaduhan tersebut adalah kecil apabila saya enggan bergambar dengan mereka di dalam kelab. Saya beritahu kalau nak bergambar, ambil di luar kelab sahajalah tetapi mereka tidak hormat permintaan saya.
“Kerana tindakan itu mereka melakukan provokasi dengan mengeluarkan kata-kata kurang enak sehingga membangkitkan perasaan marah saya,” katanya.
“Kira-kira 30 orang telah datang untuk menyerang saya di luar kelab tetapi mereka tidak berjaya menyentuh saya dan disebabkan itu mungkin mereka lebih berang terhadap saya.
“Anda (wartawan) boleh melihat sendiri tidak ada satu lebam pun berada di badan atau muka saya, jadi laporan mengatakan saya dibelasah teruk adalah tidak benar,” ujarnya.
Sementara itu, kata Awie, dia kesal apabila ada pihak luar campur tangan dalam kejadian tersebut dan menganggap pihak yang menyerangnya mempunyai motif tersendiri.
“Kelab berkenaan mempunyai sekuriti yang saya yakin boleh meleraikan pergaduhan antara kami tetapi mengapa perlu melibatkan orang luar dalam kejadian itu?

“Saya tidak faham motif mereka melakukan perbuatan itu terhadap saya kerana kunjungan saya ke sana bukan untuk mencari masalah dengan sesiapa,” ujarnya.
Awie berkata, pergaduhan itu selesai apabila dia dibawa ke balai polis berdekatan namun tiada sebarang laporan polis dibuat oleh kedua-dua belah pihak.
Ditanya mengapa dia ke Langkawi Awie memberitahu, tujuannya ke pulau itu untuk melihat sebidang tanah yang dibelinya beberapa tahun lalu selain mendapat undangan membuat persembahan di kelab berkenaan dan bukan menghadiri mesyurat PEKIDA seperti yang dikongsikan.







cita dya cmni….mlm tu member aku nk ajak awie mnum sama- sama,pastu x sempat mmber aku smpai kat awie body guard awie tolak mmber aku pastu trus tumbuk…pastu aku tolak mmber aku pergi kuar..than awie sampai, awie tnya body guard dye napa bro??body guard dya ckap yg mmber aku ni raba bini dya.. than awie trus kejar mmber aku,trus tumbuk muka mmber aku..awie ckap berani kau raba bini aku bro..5min smpai mmber awie pon sama tumbk…aku sorang2 pon tolak la drang semua x bagi gaduh..pastu aku sruh mmber aku lari..pastu aku col abg mmber aku..sruh dtg..dya dtg pastu awie serbu kat abg mmbr aku..dya pon tgu apa lgi trus tumbuk ar…than selesai kjap awie pon nk blah..mmber aku swang lagi ni p kata kat awie.hampa pikir ampa hebat setakat naik evo10..pastu keta berhenti..awie kuaq gan body guard dya gan awex dya..awie tanya sapa ckap tdi sorang x ngaku..than awex awie ckap BUTUH ORANG LANGKAWI,ORANG LANGKAWI XDA TELOR..PASTU org semua kejar keta dya.xdpat..sejap dlam 30min smpai body guard dya bwk kayu,cangkul. org semua sepak keta dya cangkul cemin keta dya..than dorang lari pergi park keta kat the lanai hotel..pastu semua org blik.kami pon g hospital..smpai area kedawang balai polis kol soh g balai..kami pon g..awie ada sana,kami ckap yg kes ni bkn slah kami.salah body guard dya,than body guard dya soh awie kuar..pastu body guard dya ckap abg taknak ulang2 dah pasal tu..abg nk mntak maaf bnyk2,kami pon ckap kat dya kami x bleh maaf coz muka mmber aku trok..than dya ada bg . .. . . kami pon blah..kami xnak buat report coz cemin keta dya pecah..nnty kami lak kna tnggung.. dlam cita ni awie x salah yg salah body guard dya..coz cita bohong dkat awie..awie pon ada salah gak cikit coz dngar cakap body guard dya aja x dngr cita kami…. mcm tu larh cita dya..nnty aku download video dya bg ampa semua tngk
apa dia crita ni?? betoi ka x nih?? mcm plek ja…
awie…lu nyanyi dah hebat dari lu muda lg… bnyak pminak plak tu masa lu muda2.. skng ni jgn la rasa lu besau brader… bpada2. mgkin lu bgaduh tu pun salah sorang pminat lu atau org2 keliling dia bro…
Herm
awie dah bnyak mmalukan pekida….