Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor bertunang dengan Dr Harlina

dato sheikh muszaphar shuko, dr harlina

Pasangan bahagia, Dato Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina


Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah bertunang dengan seorang pakar bius di Hospital Selayang, Dr Halina Mohd Yunos dalam satu majlis di Hotel Allson Klana, Seremban semalam.

Ibu Dr Sheikh Muszaphar, Datin Zuraidah Sheikh Ahmad menyarungkan cincin pertunangan di jari Dr Harlina’s sebelum ibu Dr Halina, Habibah Endan juga menyarungkan cincin ke jari angkasawan negara itu

Turut hadir di majlis tersebut ayah Datuk Dr Sheikh Muszaphar, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor dan ayah Dr Halina, Mohd Yunos Mohd Ali.

Dr Sheikh Muszaphar, 37, membawa tujuh dulang hantaran untuk Dr Halina, yang turut dibalas dengan lima dulang.

Mereka akan melangsungkan perkahwinan pada 10 Oktober nanti sempena dengan sejarah Datuk Dr Sheikh Muszaphar ke ISS (International Space Station) pada 2007 lalu.

Mas kahwin mereka dirahsiakan dan bercakap dengan wartawan pada majlis itu, Dr Sheikh Muszaphar sangat gembira kerana hajatnya untuk bertunang dengan Dr Harlina akhirnya tercapai.

Sementara itu Dr Harlina sangat gembira dengan pertunangan itu dan berharap majlis perkahwinan akan datang berjalan dengan lancar.

“Walaupun bakal suami saya adalah ‘public figure’, dia masih orang yang sama saya kenal dulu. Dan kami sudah ditakdirkan akan bersama dan berkahwin,” Dr Harlina menambah.



Related Contents
This entry was posted by LimauAis on Saturday, 2nd January 2010 at 1:36 am and filed under Berita, Datuk Dr Sheikh Muszaphar. Tags: , , , , , , , , , ,
Visited 953 times, 19 so far today

1 Comment

  • hamba allah
    18 June, 2010 2:50 am

    bagai pinang dibelah dua…sama cantik sama padan…dan sama pandai…dr syeikh muzhaphar is my idol..:)

    (Required)
    (Required, will not be published)

    Popular Hari Ini

    Video Bulan Ini

    Post Lama-lama